STSB beroperasi sepenuhnya pada November 2014 dan berpusat di Kota Bharu, Kelantan di mana ketika itu banjir besar (Bah Kuning) melanda di seluruh negeri Kelantan. Cabaran yang besar ketika itu adalah tertumpu kepada pengurusan banjir dan pembaikan jalanraya dan cerun di jalan-jalan negeri di seluruh negeri Kelantan.
Aktiviti perniagaan STSB yang berteraskan industri pembinaan yang menjuruskepada pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan jalanraya membolehkan STSBdianugerahkan kontrak untuk menjalankan kerja-kerja Penyelenggaraan Jalan-Jalan Negeri di seluruh negeri Kelantan melalui KONTRAK JANGKA PANJANG PENYELENGGARAAN JALAN-JALAN NEGERI DI NEGERI KELANTAN DARUL NAIM bermula pada November, 2014.
Melalui kontrak tersebut, kerja-kerja penyelenggaraan jalan-jalan negeri oleh STSB adalah meliputi 10 jajahan di seluruh negeri Kelantan yang mana jumlah jarak keseluruhan jalan yang perlu diselenggarakan adalah sepanjang 1,426.29 kilometer.
Kawasan penyelenggaraan mengikut jajahan adalah seperti berikut:
Kota Bharu – 278.62km
Pasir Puteh – 148.01 km
Bachok – 135.07 km
Tumpat – 75.34 km
Pasir Mas – 149.96 km
Tanah Merah – 113.89 km
Jeli – 44.46 km
Kuala Krai – 219.05 km
Machang – 158.55 km
Gua Musang – 103.34 km
Dengan pengalaman yang sedikit dan bermula dengan skala yang kecil iaitu hanya seramai 30 orang kakitangan sahaja, STSB dapat mengharungi cabaran tersebut dengan jayanya. Kini STSB telah berkembang dan telah mempunyai kekuatan kakitangan seramai 110 orang yang mana 58% daripadanya adalah kakitangan Jabatan Teknikal, bagi memenuhi keperluan semasa. Ini tidak termasuk kakitangan syarikat bersekutu dan juga syarikat Sub-Kontraktor di bawah naungannya.
Kini STSB lebih matang dan menuju ke arah syarikat yang lebih profesional serta mahir di dalam penyelenggaraan dan pembaikan jalanraya mengikut piawaian Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR).